kau cakap ini lagu kita kan :)


Sunday, December 27, 2009

errr berubahh lahhh. . .

duduk termenung
termenung jauh di sana
memikirkan masa depan diri sendiri
bagaimanakah agaknya

duduk termenung
di lorong kecil sempit kopitiam
sambil menikmati secawan coklat panas
ditemani rakan-rakan sedarah

dari pelusuk kopitiam
melihat gelagat warga kota Kuala Lumpur
pelbagai ragam manusia tercetuslah idea
laluku gubah ia menjadi sebuah puisi bahagia

dari jauh
melihat setiap langkah anak muda (mcm aku da tua)
mesraaaa, amat mesra, sangat mesra
ahhh bagai sudah bergelar suami isteri
gerakkan asyik di mulakan
orang ketiga melompat kegirangan !

si uda merangkul pinggang memeluk erat
si dara merelakan tanpa memberikan syarat

bermesra yang teramat
masing-masing ria penuh gembira
hilai tawa sampai alpa akan dosa pahala

disinun pula
ku terlihat warga emas pelbagai gaya
berbaju seksi menampakkan dada menghairahkan
berskirt ketat menampakkan paha drumstick mengliurkan

kelihatan sungguh bangga. . . sungguh teruja
sudah lupakah mereka !
yang hidupnya ini hampir tamat
kubur sudah memanggil-manggil mereka
sudahlahh itu warga tua,kembali lahh seperti dulu kala

cukuplah di sini sahaja puisi ku ini
kalau di ikutkan hati cacamarba manusiawi
assalammualaikum ku utus kan dari hati
jaga diri ku pohon dari sini
harap agar dapat bersua lagi

No comments:

Post a Comment